KELEBIHAN BISMILLAH 5

KELEBIHAN BISMILLAH 5 (INSYAALLAH)

Terjemahan :

1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

2. Dengan Nama Allah yang Menyembuhkan,

3. Dengan nama Allah yang Mencukupkan,

4. Dengan nama Allah yang Memberi Kesejahteraan,

5. Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

1. Menghalang jin dan syaitan

2. Terpelihara dari bahaya dan musuh

3. Penawar pelbagai racun dan bisa.

4. Penawar penyakit gila meroyan.

5. Melegakan bengkak dan benjol.

6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang

7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.

8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang

9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Kaedah Merawat

Letakkan tangan di tempat yang sakit.

Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.

Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.

Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.

Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.

Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.

Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.

Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.


0 Response to "KELEBIHAN BISMILLAH 5"

Posting Komentar

Silahkan Berkomentar Dengan Bijak